Langkau ke kandungan
anjung belajar
ProdukSampel free
dasar

Notis Privasi

Berkuat kuasa: 22 November 2026. Notis ini diberikan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Bahasa MelayuEnglish
Siapa kamiData yang dikumpulTujuanPihak ketiga Pemindahan ke luar negaraKanak-kanakTempoh simpananHak andaHubungi kamiEnglish version

1. Siapa kami

Anjung Belajar ialah perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Kami ialah pengguna data bagi maklumat peribadi yang dikumpul melalui laman ini dan kedai kami di Payhip.

2. Data yang kami kumpul

DataBilaWajib?
Alamat e-melSemasa memuat turun sampel percuma atau membeliWajib, untuk menghantar produk dan resit
NamaJika anda memberikannya semasa pembayaranPilihan
Rekod pembelian (produk, harga, tarikh)Semasa membeliWajib, untuk rekod perniagaan dan cukai
Mesej kepada kamiJika anda menghubungi kami melalui WhatsAppPilihan

Butiran kad dan bayaran diproses terus oleh Stripe. Kami tidak melihat atau menyimpan nombor kad anda.

Laman ini menggunakan analitik Cloudflare yang tidak menggunakan kuki dan tidak mengenal pasti anda secara peribadi.

Jika data yang wajib tidak diberikan, kami tidak dapat menghantar produk kepada anda.

3. Tujuan kami menggunakan data

  • Menghantar produk, pautan muat turun dan resit.
  • Mencetak alamat e-mel anda pada setiap halaman PDF yang anda beli, untuk melindungi hak cipta dan mengelakkan perkongsian tanpa izin. Cetakan ini hanya ada pada salinan anda.
  • Menjawab soalan dan permintaan bantuan anda.
  • Menyimpan rekod transaksi seperti yang dikehendaki undang-undang.
  • Menghantar berita produk baharu, hanya jika anda bersetuju. Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.

Kami tidak menjual data peribadi anda.

Persetujuan untuk e-mel pemasaran

Kami hanya menghantar e-mel pemasaran jika anda menanda kotak persetujuan semasa memuat turun atau membeli. Kotak ini tidak ditanda secara automatik. Anda boleh menarik balik persetujuan bila-bila masa dengan menekan pautan "unsubscribe" dalam mana-mana e-mel kami atau dengan menghubungi kami. Menarik balik persetujuan tidak menjejaskan penghantaran produk yang telah anda beli.

4. Pihak ketiga

Kami berkongsi data hanya dengan penyedia yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan ini:

  • Payhip (kedai dan penghantaran produk digital).
  • Stripe (pemprosesan bayaran).
  • Cloudflare (pengehosan laman web dan analitik tanpa kuki).
  • Penyedia e-mel kami, untuk berhubung dengan anda.

Kami juga boleh mendedahkan data jika dikehendaki oleh undang-undang.

5. Pemindahan ke luar Malaysia

Sesetengah penyedia di atas memproses data di luar Malaysia, contohnya Payhip di United Kingdom dan Stripe di beberapa negara. Kami hanya menggunakan penyedia yang terikat dengan terma perlindungan data dalam perjanjian perkhidmatan mereka, dan kami hanya memindahkan data yang diperlukan untuk tujuan di atas.

6. Kanak-kanak

Produk kami digunakan oleh kanak-kanak bersama ibu bapa, tetapi kami tidak mengumpul data peribadi kanak-kanak. Pembelian dan pendaftaran dibuat oleh ibu bapa atau penjaga. Jangan masukkan nama atau butiran anak dalam borang atau mesej kepada kami.

7. Tempoh simpanan dan keselamatan

Rekod transaksi disimpan sekurang-kurangnya 7 tahun seperti yang dikehendaki undang-undang cukai. Alamat e-mel untuk pemasaran disimpan sehingga anda berhenti melanggan, dan dikeluarkan daripada senarai dalam tempoh 30 hari. Mesej bantuan disimpan selama 2 tahun, kemudian dipadam. Kami menggunakan akaun yang dilindungi kata laluan dan pengesahan dua langkah di mana tersedia.

Jika berlaku pelanggaran data peribadi yang mungkin menyebabkan kemudaratan ketara, kami akan memaklumkan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dalam tempoh 72 jam dan memaklumkan anda tanpa kelewatan yang tidak wajar, seperti yang dikehendaki undang-undang.

8. Hak anda

  • Meminta akses kepada data peribadi anda.
  • Meminta pembetulan data yang tidak tepat.
  • Menarik balik persetujuan untuk e-mel pemasaran.
  • Bertanya atau membuat aduan tentang cara kami mengendalikan data anda.

Kami akan membalas permintaan anda dalam tempoh yang munasabah dan mengikut undang-undang.

9. Hubungi kami

Anjung Belajar
WhatsApp 010-875 6030

Notis ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Tarikh berkuat kuasa di atas akan dikemas kini setiap kali ada perubahan.

Jika terdapat perbezaan antara versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, versi Bahasa Melayu terpakai.

Privacy Notice (English)

Effective: 22 November 2026. This notice is given under the Personal Data Protection Act 2010.

1. Who we are

Anjung Belajar is a business registered with the Companies Commission of Malaysia (SSM). We are the data user for personal data collected through this website and our Payhip store.

2. Data we collect

  • Email address, when you download the free sample or buy. Required to deliver products and receipts.
  • Name, if you provide it at checkout. Optional.
  • Purchase records (product, price, date). Required for business and tax records.
  • Messages you send us by WhatsApp. Optional.

Card and payment details are processed directly by Stripe. We do not see or store your card number. This website uses cookie-free Cloudflare analytics that do not identify you personally. If you do not provide required data, we cannot deliver the product.

3. Why we use it

To deliver products, download links and receipts. To print your email address on every page of the PDFs you buy, to protect copyright and discourage unauthorised sharing (the stamp appears only on your copy). To answer your questions. To keep transaction records required by law. To send news about new products, only with your consent. We do not sell your personal data.

We send marketing emails only if you tick the consent box when downloading or buying. The box is never pre-ticked. You can withdraw consent at any time through the "unsubscribe" link in any email or by contacting us. Withdrawing consent does not affect delivery of products you have bought.

4. Third parties

We share data only with providers needed to run this service: Payhip (store and digital delivery), Stripe (payments), Cloudflare (website hosting and cookie-free analytics) and our email provider. We may also disclose data where the law requires it.

5. Transfers outside Malaysia

Some of these providers process data outside Malaysia, for example Payhip in the United Kingdom and Stripe in several countries. We only use providers bound by data protection terms in their service agreements, and we transfer only the data needed for the purposes above.

6. Children

Our products are used by children together with a parent, but we do not collect children's personal data. Purchases and sign-ups are made by a parent or guardian. Please do not include your child's name or details in forms or messages to us.

7. Retention and security

Transaction records are kept for at least 7 years as tax law requires. Marketing email addresses are kept until you unsubscribe and are removed from the list within 30 days. Support messages are kept for 2 years, then deleted. We protect our accounts with passwords and two-step verification where available. If a personal data breach is likely to cause significant harm, we will notify the Personal Data Protection Commissioner within 72 hours and notify you without undue delay, as the law requires.

8. Your rights

You may ask to access or correct your personal data, withdraw consent to marketing emails, and ask questions or complain about how we handle your data. We will respond within a reasonable time and as the law requires.

9. Contact us

Anjung Belajar. WhatsApp 010-875 6030.

If the Bahasa Melayu and English versions differ, the Bahasa Melayu version applies.

anjung belajar

Bahan belajar di rumah untuk parent Malaysia.

Produk
Sedia Tahun 1
Sampel free
Maklumat
Notis privasi
Terma
Polisi pemulangan
Hubungi kami
Hubungi kami: WhatsApp 010-875 6030
© 2026 Anjung Belajar. Bukan bahan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.